perbezaan lelaki kini dan dulu...

buat kaum Adam,hayatilah..
dulu..
bila disebut lelaki,
wanitanya mendogak megah,
lelaki kami abu bakar,saifullah,
tokoh ramai tak terkira...

kini..
bila disebut lelaki,
wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikat sekali,
ramainya boneka yahudi..

dulu...
bila disebut lelaki,
wanitanya tenang di hati,
lelaki kami menjaga dan melindungi...

kini..
bila disebut lelaki,
wanitanya mahu cabut lari,
lelaki khianat,perogol bersiri..

dulu..
lelaki bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad,tekun berdakwah..

kini..
lelaki hanya meyanjungi sejarah,
diri bermalasan,tenaga tak di kerah...

dulu..
lelaki memperjuangkan ummah,
iqramah,zulkarnain mati terbunuh..

kini...
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh..

dulu..
lelaki bersatu mengahadapi musuh,
hingga sanggup membunuh..
kini..
lelaki berpuak dan berpecah,
sesama sendiri dan saling bertelingkah..

    kembalilah lelakiku...
pada kelakianmu...
    kami rindukan lelaki dulu..
acuan madrasah rasul.

No comments:

Post a Comment