musafir cinta..

Assalamualaikum w.b.t…
Tiada yang paling indah didunia ini dengan mengingatMU YA RABB…
Moga bibir ini sentiasa dibasahi dengan zikrullah…
Selawat dan salam ke atas kekasih ALLAH,Muhammmad Ya Rasulullah..
Berat rasanya jari ini mahu memulakan segala ceritera untuk saat yang berlalu…
Jari seakan kaku…pandangan seakan kabur…bibir seakan bisu…
Petang tadi..ana luangkan sedikit masa untuk diri ana…
Ana ke sawah padi dibelakang rumah dengan bertemankan sehelai kain lusuh...buat menyeka airmata yang akan gugur…lama rasanya tak menjenguk ke situ..
Satu tempat yang menjadi peneman ana dan 2orang sahabat karib ana selama 20tahun..
Disitulah kami membesar…dah banyak berubah..dah tak macam dulu…
Tempat yang kami jadikan “rumah2” kami pun dah tak ada..^^
Rindu kenangan masa kecil2 dulu…memang indah…
Tak harus banyak berfikir…bangun pagi makan kemudian keluar bermain…
Balik rumah makan tengahhari dan keluar lagi sambung main…
Dah hampir senja balik rumah…malamnya tidur…
Tak ada apa2 yang harus membebankan fikiran ini…hanya tahu keseronokan dan kepuasan…
Itulah dimasa dulu…dimasa nurhidayah hanya tahu fikirkan kegembiraan bersama kawan2…
Ya!seorang anak kecil yang berlari2 dengan penuh girang…
Hari2 diisi dengan hilai tawa…tanpa teriring sebarang duka…
Dikala ana rasa sepi…sunyi…hati gundah…
Disitulah ana kunjungi..untuk mencari ketenangan…
Seperti biasa tibanya petang akan hadirlah angin yang menghembus kencang…
Tengok sawah yang begitu luas hati tak henti2 berbisik…
YA ALLAH…sesungguhnya ENGKAULAH yang maha berkuasa diatas muka bumi ini…
Itulah nikmat yang DIA kurniakan…keindahan alam yang tidak dapat digambarkan oleh kata2…
Sedang menikmati angin petang..hati terdetik…
Siapa nurhidayah sekarang?siapa?
Ana adalah ana yang sekarang…
Seorang gadis biasa…yang mudah luntur airmatanya…
Seorang gadis yang amat lemah tapi dalam diam tak mahu mengaku kalah dalam perjalanan..
Seorang yang terlalu rapuh hatinya dikala diuji dengan kritikan…penghinaan..
Ana cuba sebenarnya….untuk jadi seorang yang kuat…kental hatinya menelan segala pandangan orang…
Ya!bukanlah pandangan orang2 yang ingin ana utamakan tapi pandangan yang diatas sana..pandangan DIA…ALLAH yang esa…
“Srikandi islam mesti kuat…mujahidah mesti tabah hadapi mehnah…”
Kata2 yang selalu ana tuturkan pada diri ana..juga ana genggam kata2 semangat daripada kakak,sahabat2 ana..
Kakak sarahah..yang selalu memberi ana semangat untuk terus berjuang…
Jangan tersungkur dimedan jihad ni…juga sahabat ana,nurhuda…
Selalu saja mengingatkan diri ini tentang niat sebenar apa yang dituju…
Muslimah sejati yang diredhai ALLAH,yang disayangi ALLAH takkan mudah gentar hatinya dikala diuji segunung kepayahan…
Takkan gugur airmatanya hanya kerana secalit penghinaan…
YA ALLAH…istiqomahkan niat dihati ini…
Kuatkan hati ini…teguhkan iman ini YA ALLAH…
Perkukuhkan langkah kaki ini untuk terus melangkah tanpa menoleh kebelakang lagi…
Jangan biar sekeping hati ini hancur dek kerana termakan pujuk rayu dan bisikan2 yang akan menyesatkanku…
Biarpun hati ini masih tidak bisa melamar redhaMU sepenuhnya….
Memiliki cintaMU seikhlas hati…Menjadi yang terbaik untukMU jua masih diri ini tak mampu….
Tetapi hati ini ingin menggapai rahmatMU seumur hayatku…
Jangan kalah nurhidayah!!
Terasa ada butir2 airmata yang mula mengalir setitis demi setitis…
Kerdilnya kita didunia ni…
Siapa tak ingin dicintai ALLAH?
Siapa tak ingin disayangi ALLAH?
Siapa tak ingin mendapat rahmat dan redha ALLAH?
Rasanya semua orang inginkan semua itu kan…
Tapi mengapa?kenapa?
Hati masih mudah mengikut hawa nafsu…
Hati masih kalah dengan permainan dunia…
Layakkah hati ini memiliki redhaMU YA ALLAH?
Layakkah kita semua?layakkah???
Apa kita sudah bersedia jika malaikat maut datang menjemput ajal kita?
Apa kita sudah bersedia untuk bertemu sang Pencipta?
Sedang iman dihati masih belum utuh…Sedang dosa2 masih tak terhitung....
Sedang amal masih belum cukup….
YA ALLAH….YA ALLAH…YA ALLAH…
Moga2 kita sentiasa dalam iman….
Moga2 kita mati dalam keadaan suci dan iman…
Amen…=’(
Salam perjuangan…
**lambaian kaabah menggamit kerinduan..YA ALLAH..hambaMU ini sudah lama merindui untuk bertandang ke rumah suciMU…maka perkenankanlah YA ALLAH..**
**my kembar~alhamdulillah jika kamu gembira…sekurang2nya hati ini lega mendengarnya**
**mengapa senyuman ini hanya mampu terukir seketika..??**

No comments:

Post a Comment