-PART 4-
Malam ini tiada aktiviti lain yang menuntut dilaksanakan mengikut jadual harianku.Waktu siang tadi seharian aku menghabiskan masa di perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran.Biasanya jika di minggu peperiksaan ini,perpustakaan akan beroperasi sehingga waktu malam.Barangkali ingin memudahkan pelajar-pelajar mengulangkaji pelajaran.Jika tidak di perpustakaan atau bilik,aku memilih masjid untuk menjadi tempat aku mengulangkaji.Suasananya yang aman dan sunyi memudahkan lagi aku belajar.Imtihan akan bermula lusa.Jadi aku harus mengkhatam semua subjek yang sudah aku pelajari.Hanya tinggal 2 tajuk yang belum aku sentuh.Alisa juga kelihatan tekun mengadap bukunya.Begitu juga Atikah.Sayyidah entah keluar kemana sejak maghrib tadi.Tak pula dia nyatakan destinasinya.

“Akak Ra ni baca buku ke mengelamun?Tapi bukunya ada je di tangan.”

Atikah menegur aku.Barangkali melihatkan aku hanya terdiam tanpa sebarang tindakan.

“Ika..kan akak dah cakap.Penangan cik abang Firman tu la.Tengok apa dah jadi dengan akak Ra kau tu?Tak senang duduk jadinya.Itu baru di ajak balik bersama,belum di ajak berkahwin!”

Sempat lagi Alisa menyampuk perbualan aku dan Atikah.Nakalnya semakin menjadi sejak akhir-akhir ini.Mungkin Alisa ingin menghiburkan hati aku.Episod duka lalu teramat mendera jiwa ini.Terima kasih teman!Mereka saling tertawa.

“Amboi!Iyela tu..Lisa sayang,imtihan esok lusa tau.Cepat benar dia dah fikir pasal kahwin.Ni confirm lepas habis je exam,balik kampung suruh mak nikahkan dengan cik abang Farhan kita tu!Ika jangan ikut macam akak Lisa ni tau.”

“Raaaaaaaaaa!!!Jahat kau eh!”Alisa mencebikkan bibirnya.

“Alaa..apa la susah sangat.Kalau abang Firman ajak akak Ra kahwin.Akak cakaplah macam ni:kalau begitu keinginan yang Firman mahukan,ajak nikah sekarang pun ana setuju.Boleh langsungkan walimah sekali dengan akak Lisa.”Atikah menokok.

Tawa kami sama-sama terburai.Nakal sungguh teman-temanku ini,desisi hati kecilku.

“Assalamualaikum.”

Satu suara kedengaran dari luar kamar.Sepertinya suara Sayyidah.Salam Sayyidah disambut kami bertiga.Kelihatan nafasnya agak termengah-mengah selepas menolak tombol pintu masuk.

“Akak Ra dengan akak Lisa,pukul 9.30 sekejap lagi ada perjumpaan kat dewan kuliah.Perjumpaan antara exco-exco jabatan syariah,bahasa arab dan dakwah.Diorang nak berbincang pasal majlis perpisahan untuk akhir semester ni.Wajib hadir tau!”

“Malam ni ke Ika?Akak banyak lagi tak study ni.Dah nak exam baru nak bincang.”

Alisa mula merungut.Sahabatku ini memang tidak berminat menyertai mesyuarat yang dianjurkan biarpun dia sendiri memegang jawatan yang agak tinggi dalam jabatannya.Tapi kenapa tiba-tiba?Bukankah masih ada masa lepas imtihan nanti.Siapa punya cadangan la ni,bisik hatiku.

“Siapa bagitau kat Idah?Akak tak dengar apa-apa pun dari tadi siang.”Aku menambah.

“Abang Farhan akak Ra.Dia yang suruh maklumkan kat akak berdua.Kebetulan jumpa dikafe tadi.Dia pun cakap last minit je rancang semua ni.”

“Wah!Ada sahibus samahah kau la Lisa.Jomlah pegi.Kesian dia tak dapat jumpa kau nanti.”

Aku cuba mengumpan Alisa.Ternyata dia tidak dapat menahan dari ketawa.Khabarnya selepas tamat pengajian nanti mereka berdua akan terus diijabkabulkan.Sejak dari bangku sekolah mereka berkawan dan mengambil keputusan mengikat tali pertunangan semasa diawal bermulanya pengajian dikolej ini.

“Memangla dia ada.Kau ni!!Dah,jomlah bersiap.Idah,abang Firman ada tak?”

“Tentulah adaaa!!Akak Ra,pakai cantik-cantik malam ni tau.”Sampuk Ika.

“Korang ni tak habis-habis nak sakat akak ye.”Aku mencekak pinggang.

Sebelum bergerak menuju ke dewan kuliah,aku mencuri sedikit waktu untuk menelefon ibu.Sudah lama rasanya aku tidak berbual bersama.Kali terakhir aku menelefon pada minggu lepas.

****


Keadaan di dalam dewan kuliah masih lengang sewaktu aku dan Alisa sampai.Hanya ada beberapa orang sahaja yang kelihatan.Mesyuarat juga lambat dimulakan berikutan menunggu sahabat-sahabat yang lain tiba.Mengikut apa yang dibincangkan,satu majlis makan malam akan diadakan bagi semua pelajar tahun akhir kolej ini.

“Cik Hawra!Cik Hawra!”

Mendengarkan satu suara menyapa aku dari belakang,aku segera menoleh.Diikuti juga Alisa.Kelihatan Firman dan Farhan menuju ke arah kami.

“Err,cik Hawra..petang esok sebelum magrib ada tazkirah di masjid.Jemputlah datang.”Lelaki itu memulakan bicaranya.

“Ya..insyaALLAH.”Balas aku pula.

“Kalau dah tak ada apa-apa,kami mintak diri dulu ya?Assalamualaikum.”
Dalam beberapa saat mereka berdua berlalu meninggalkan aku dan Alisa.

“Ra..pantas betul tindakan dia.Kagum aku!”Alisa berbisik kepadaku.

“Apa kena dengan kau ni Lisa?Buang tabiat agaknya kau ni.”Aku menarik muka empat belas.

Alisa hanya tersengih.Makin nakal bakal pengantin ini.Usai itu kami berlalu meninggalkan ruang legar dewan kuliah dan menuju pulang ke asrama.

-PART 5-

“Anak ibu sihat-sihat ka kat sana?”

“Alhamdulillah,sihat bu.Abah dengan ibu sihat?Adik-adik?”

“Ibu pun sihat ja.Abah macam biasa la.Dok sibuk dengan sekolah.Depa tiga orang tu ibu tengok sihat saja.Semalam baru kakngah dok sebut pasai along.Lama dah tak telefon.”

“Oh.Bu,along mintak maaf la lama tak call.Along sibuk sikit.Lusa nak mula final dah ni.Ibu dengan abah doakanlah along ya?Kirim salam kat adik-adik sama.Along tak boleh lama ni,ada mesyuarat pulak.Nanti along call ibu lagi nah?”

“Yalah..takpa.Along jaga diri baik-baik la.Jangan lupa makan.Sembahyang jangan dok tinggal.”

“Ya bu.Assalamualaikum.”

Usai salam bertukar,talian segera diputuskan.Makin membara rindu dihati ini mengingatkan perbualan bersama ibuku semalam.Hati ni masih berdebar menantikan saatnya imtihan akan bermula.Esok segalanya akan termeterai.Apa aku sudah bersedia?Ya!Semestinya.Hari ini aku tidak ke mana-mana.Hanya merehatkan diri juga merehatkan minda di kamar.Mahu tenangkan sanubari yang bergolak dek kerana khabar tempoh hari.Sebenarnya aku sudah bisa menerima hakikat perpisahan ini.Cuma sesekali akan terkenangkan juga segala kenangan yang telah dilalui pada masa-masa lalu.

“Ra!Kau buat apa?”

“Eh,Mai.Masuklah.Tak ada buat apa-apa pun.Bila kau datang?”

Sapaan Maisarah mematikan lamunan aku.Entah bila dia tiba disitu aku juga tidak pasti.Keadaan dikamarku hanya ditemani sepi.Alisa keluar ke kafe bersama Sayyidah dan Atikah.

“Mana la nak sedar.Orang tengah mengelamun.Aku dengar kau dapat call dari dia.Apa katanya?”

“Tiada yang menarik untuk kau tau pun Mai.”

Pasti Alisa sudah memberitahu mengenai khabar itu kepada Maisarah.Apa wajar jika aku meluahkan semuanya?Tapi segalanya sudah lepas,untuk apa diungkit-ungkit lagi?Sekurang-kurangnya melepaskan beban dihati!

“Sudahla Ra.Jangan nak berahsia lagi dengan aku.Kita dah lama kenal kan.Sedih kau,sedih aku juga.”

“Ok.Apa yang kau nak tahu?”Akhirnya aku tewas dengan pujukan Maisarah.

“Kau dengan Lutfi ok?”

Aku melemparkan pandangan ke luar kamar.Kemudian aku duduk dibirai katil.Maisarah juga turut duduk dan menyandarkan tubuhnya ke dinding.Sememangnya aku tidak mahu lagi mendengar nama itu,apatah lagi menyebutnya.Bimbang jikalau kenangan kan datang menghantui jiwa semula.

“Mungkin dia sudah menemui gadis yang terbaik dan secocok denganya.”

“Apa yang dia cakap?”

“Mintak maaf sebab tak dapat menerima aku.”

“Lagi?”

“Lupakan dia.”

“Macam tu je?Sekian lama kau tunggu jawapan dia akhirnya ini yang dia balas?Kau tak tanya kenapa baru sekarang nak beritahu?”

“Tak.”

“Inilah lelaki.Geram aku dengan dia.Sanggup buat kau macam ni!Kalau betul dia tak boleh terima kau,kenapa baru sekarang nak tampil diri bagitahu?Dah lama dia tau isi hati kau.Aku tak boleh terima sangat.Dia seolah-olah memberi kau harapan.Mahu apa dia Ra?Kenapa harus dia hamparkan kekecewaan pada kau?”

Maisarah melepaskan kemarahannya.Aku hanya diam pada mulanya.Titis-titis mutiara bagai mahu mencurah-curah dari kelopak mata.Namun aku tabahkan jua hati.Aku harus kuat!Salah aku juga kerana terlalu mengharapkan mawaddah yang suci ini bakal berpanjangan.

“Tak ada siapa yang bersalah,Mai.Ini semua kerja ALLAH.Anggap saja aku tiada jodoh dengan dia.Siapa kita nak melawan takdir dari ALLAH kan?”

“Kau tak kecewa?Sikit pun?”

“Mana mungkin la aku tak kecewa.Aku pun manusia biasa yang punyai perasaan.Rasa nak menangis puas-puas.Tapi semua tu takkan dapat ubah apa-apa kan?Kita harus kuat Mai.Dan harus yakin juga dengan cinta yang lagi satu.Jangan asyik mengutamakan cinta ini saja.”

“Maksud kau cinta ALLAH?”

“Ya.Cintakan ALLAH.Cinta yang paling abadi.Cinta yang akan terbalas tanpa diulit rasa kecewa.Cinta sesama manusia ni hanya pinjaman saja.Bila-bila saja DIA akan tarik.”

“Mulianya hati kau.Hmm,apa lagi yang dia nak?Aku kira kau ada semuanya.”

“Sudahla Mai.Imtihan esok tau!Berserah saja pada ALLAH.DIA tidak akan membebankan apa yang tak sanggup kita memikulnya kan?Jadi,hidup perlu diteruskan!”

Aku cuba mengubah mauduk.Tidak betah lagi rasanya hati ini ingin terus melayan episod duka itu.Cukuplah.Walaupun dihati ini masih tersisa luka yang amat perit sakitnya,namun aku harus relakan semuanya.Sudah aku cuba untuk hilangkan semua kenangan-kenangan yang ada.Biarkan semuanya terbakar hingga menjadi debu.Kelihatan Alisa tercegat dipintu kamar.Harap-harap dia tidak mendengar perbualan kami berdua.Aku tidak mahu memanjangkan lagi cerita.Semoga kisah ini akan berlalu begitu sahaja.

“Nasi dah habislah.”Rungut Alisa.

“La,yeke?Habis kau beli apa?Mana kau tinggal adik-adik kita tu?”Aku bersuara.

“Dorang pegi beli kat luar la.”

“Oh,yeke?Ala,kau ni kalau tak makan nasi tak sah.Biskut kan ada je lagi?”

“Yela.Kau bolehlah makan biskut je.Tengok badan tu kurus macam papan.Tapi bagus jugak,sebab tu Firman suka.”Alisa ketawa.

“Firman?”Tanya Maisarah kehairanan.

“Ye,Firman.Budak kelas aku tu.Kau tahu time kitorang pegi Bandar hari tu,kitorang tertinggal dia.Sekali dia balik dengan Firman.Sweet gitu!”

“Mai,jangan kau layan si Lisa ni.”Aku menyampuk.

“Haha..dia dah malu.Muka dah merah padam tu.Tapi bagus jugak Firman tu kan Lisa?”Tambah Maisarah.

“Hey!!!Korang ni dahlah!”

Tawa mereka sama-sama tepecah.Sungguh nakal sahabat-sahabatku ini.Barangkali mereka ingin menenangkan hati aku.Kedengaran azan asar dari masjid berkumandang.Maka aku,Alisa dan Maisarah segera bersiap-siap untuk ke masjid.Ya ALLAH!Berikan aku kekuatan untuk tempuh segala ketetapan dari-MU.

No comments:

Post a Comment