.::6 kelebihan hari jumaat::.

1. Berlakunya hari kiamat
Jumaat sering dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat.Dalam satu hadis riwayat Muslim,Nabi s.a.w. ada menyebut bahawa, "Pada hari jumaat juga kiamat akan berlaku.Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada ALLAH melainkan akan dikabulkan permintaannya.."
2. Nabi Adam diciptakan dan disingkirkan juga dari syurga
Daripada Abu Hurairah katanya,Rasulullah bersabda,maksudnya "Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat,pada hari itulah,Adam a.s diciptakan dan pada hari itu jugalah dia dikeluarkan dari syurga.."
3. Penghulu segala hari
Dalam satu hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud, "Jumaat dinamakan "Saidul Aiyam" iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).."
4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat
Menurut Nabi s.a.w. , " Tidak seorang Muslim yang mati pada hari jumaat ataupun pada malam jumaat,melainkan diselamatkan ALLAH dari fitnah kubur.."
5. Kebaikan dengan memotong kuku
Ibnu Masud berkata, "Sesiapa yang memotong kuku pada hari jumaat,ALLAH akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.."
6. Makbulnya doa diantara dua khutbah
Daripada Abu Hurairah yang bermaksud, "Pada hari jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang,dimana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.."
Salam Jumaat Yang Indah Buat Kalian.. :)

No comments:

Post a Comment