Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
*****
Di halaman nubari
Ada pohon cinta subur merendang
Mekar rimbunan bebunga setia
Kerana disirami keikhlasan
Dan keikhlasan itu
Lahir dari cahaya keimanan
Tanpa ragu yakin ku berteduh
Bawah pohon cinta yang terkukuh
Oh Tuhan kerana rahmatMu
Terjalin dan bersatulah cinta dalam redha
Oh kasih kerana budimu
Ikrar ku menjadi teman hidup yang solehah
Bukan kilauan intan permata
Dan bukan juga wang yang berjuta
Cukup sekadar setulus cinta
Membuat ku bahagia
Hanyalah satu permintaanku
Pimpinlah daku menuju restu
Moga simpulan kasih abadi
Kekal ke syurga nanti
Andainya berguguran
Dedaun kasih dihembus dugaan
Teguhkan kesabaran
Saling percaya dan bekerjasama
Memugar cinta
*****
~:~kenapa perlu mengikut kata hati sedang bicara tak seindah mimpi....
kenapa perlu menyeksa diri sedang nasib tak menyebelahi....
kenapa perlu mengharap lagi sedang takdir sudah tertulis begitu...
kenapa perlu sedih dengan suratan sedang tiap yang berlaku tersembunyi sesuatu...
salam sayang.............................................................
No comments:
Post a Comment