-PART 2-hembusan angin bayu pastikan berlalu..
seiring duka lalu yang membelengguku..
luka semalam jadi panduan dan pengajaran..
Kedengaran sebuah kumpulan nasyid mendendangkan bait-bait lirik yang menusuk kalbu dicorong radio.Selepas berjumpa pensyarah tadi,aku singgah sebentar di perpustakaan sebelum pulang ke asrama.Menambah ilmu dan mencari sedikit maklumat untuk aku rujuk.Kurang lagi 1 minggu peperiksaan akhir bakal tiba.Kedengaran azan berkumandang dari masjid menandakan waktu asar sudah pun masuk.Aku segera mempersiapkan diri untuk ke masjid yang tidak jauh dari asrama.Hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk sampai ke rumah ALLAH itu.Lagi pula selepas solat aku ingin menuju ke kafeteria.Mencari makanan untuk berbuka puasa nanti.Sudah menjadi kebiasaan aku dan sahabat-sahabat disini berpuasa sunat pada hari isnin dan khamis.
“Hawra nak ke mana lepas ni?”
Sapaan Syira mengejutkan aku.Seraya itu aku menghentikan langkah.Syira merupakan teman sekelasku.Jadi sememangnya kami sentiasa bertemu.
“Ana nak ke kafe,beli makanan.Kang nak berbuka kan.Sya nak ke mana?Tak turun riadah petang ni?”
“Eh,kebetulan.Ana pun nak ke kafe.Tak pun.Puas dah lawan badminton petang semalam dengan adik-adik.”
“Oh..yeke?Kalau macam tu jomlah kita pegi sekali.Ana pun sorang je ni.”
Aku dan Syira meneruskan langkah menuju ke kafeteria.Dalam 10 minit kami tiba di tempat ynag dituju.Sememangnya tiap kali waktu petang pelajar-pelajar disini sering membeli makanan.Agak ramai orang yang berpusu-pusu datang untuk menempah makanan masing-masing pada petang ni.Usai menempah makanan,kami menunggu dimeja yang disediakan.
“Ra dah ready nak exam?Ana agak kurang persediaan lagi.Banyak yang belum study.Teruk kan?”
“Alhamdulillah,sikit-sikit je.Ana pun banyak lagi yang tak study habis.Ala,ada lagi seminggu kan?Kalau rasa susah nak study sorang,datangl a bilik ana.Kita study sama-sama.Boleh kongsi maklumat.Ana kalau boleh,nak la buat study group dengan sahabat-sahabat dekat blok kita tu.Tapi masing-masing pun ada komitment sendiri kan?”
“Bagus cadangan Ra tu.Nanti ana cuba maklumkan pada sahabat-sahabat yang lain.Kalau ada sambutan ana bagitahu.Sempat lagi ni,ada lagi seminggu kan?”
“A’ah..ye.Ikut Sya jela.Ana ok je apa-apa pun.”
Aku melemparkan senyuman kepada Syira.Makanan kami sudah pun siap.Alhamdulillah,hari ini aku hanya berbuka dengan sebungkus nasi goreng paprik dan sebungkus air milo ais.Biasalah..hidup di negeri orang harus pandai membawa diri dan berjimat-cermat.Syukur kepada ALLAH.Aku masih bisa menjamah makanan.Ada lagi insan-insan yang diluar menanggung kesakitan akibat terpaksa mengikat perut.Terima kasih TUHAN!

****
Usai pulang dari masjid jam 9.30 malam tadi,aku sempat singgah di blok kasturi yang terletak berhampiran kafe.Sengaja mahu menziarah Maisarah yang dikhabarkan demam.Maisarah merupakan pelajar jurusan teknologi maklumat.Dia juga sama sepertiku,akan menamatkan pengajian tak lama lagi.Perkenalan sejak dari minggu suai kenal satu ketika dulu antara aku,dia dan juga Alisa sememangya membuatkan kami begitu rapat.
“Assalamualaikum.Mai ada?”
“Waalaikumussalam.Eh,akak Ra.Masuklah.Akak Mai ada.Tengah rehat tu haa.”
Salam aku disambut oleh sekujur tubuh genit milik Nurul Aida.Aida merupakan junior yang sangat aku kenal berikutan dia merupakan anak buahku sewaktu diawal kemasukannya ke kolej ini dulu.Agak lengang bilik mereka tika itu.Hanya tinggal mereka berdua.Barangkali teman sebilik yang lain ada aktiviti yang menunutut dilaksanakan.Kelihatan Maisarah bangun dari pembaringannya lalu memberiku sekuntum senyuman.
“Ra!!Aku rindu kat kau!”
“Yela..aku pun rindu jugak kat kau.Eh,asifla aku baru nak datang jenguk kau.Sibuk sikit la.Exam tak lama lagi.Paper kau lambat sikit kan?Takpela.Ha!Kau dah ok ke?”
“Takpela Ra.Aku demam takdela teruk sangat.Alhmadulillah,aku dah ok.Cuma batuk sikit-sikit je lagi yang tinggal.Aku pun semangat nak habiskan paper ni.Tak sabar nak balik kampung!”
Wajah Maisarah kelihatan begitu ceria.Barangkali sudah kepingin sangat mahu pulang ke kampungnya.Manakan tidak,aku pun merasakan hal yang sama.Rindu pula pada keluarga di kampung.
Apa khabar agaknya mereka disana?
Bagaimana dengan pengajian Aisyah,Hakim dan Sofia?
Abah pula adakah sihat-sihat saja menguruskan sekolah tahfiz yang didirikannya sejak tahun lalu?
Bagaimana pula dengan ibu?Sihatkah dia?
“Akak Ra,akak Mai tu bukan demam nak exam tapi demam nak balik kampung.”
Suara Aida mematikan lamunanku.Mai hanya ketawa mendengarkan usikan Aida.Aku hanya tersenyum.Duhai hati,sabarlah!Sudah tidak lama.Rindu tidak pernah akan habis meski dilayan!
“Mai,aku mintak diri dulu ye.Esok senang-senang aku datang jenguk kau lagi.Kau tu banyak-banyak rehat.Jangan malas-malas makan ubat tau!”
“Aida ada kak!Jangan khuatir!”sampuk Aida.
“Yelah..bagus!”
Usai meminta diri aku segera mempercepatkan langkah menuju ke blok mawaddah.Kelihatan masih ramai dikafe.Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam.Sesampainya dikamar semuanya sudah tidur.Awalnya!Barangkali masing-masing terlalu penat dengan aktiviti seharian.Aku juga turut merebahkan badan dikatil.Tidak jadi mahu menyambung ulangkaji kerana takut terganggu lena mereka dengan cahaya lampu nanti.Perlahan-lahan aku melelapkan mata.Selamat malam dunia!Sampaikan salam rinduku buat abah,ibu dan adik-adik along semua!
-PART 3-
“Sorang je?”
“A’ah,sorang.”
“Bahaya kalau sorang-sora ni.Lagipun dah selalu dengar kan khabar angin.Pihak kolej pun dah bagi peringatan jangan keluar sorang-sorang.Mesti berteman.”
“Ye,ana tau.Lagipun ana tak sengaja.Kena tinggal dengan sahabat-sahabat tadi.Dorang ingatkan ana dah balik kot.”
Malunya usah dikata.Tak pasal-pasal ditegur sebegitu.Bisa saja budak-budak ni tinggalkan aku keseorangan di Bandar ini.Usai jalan-jalan di Kuantan Parade tadi,kami terus beredar ke Terminal Makmur untuk membeli tiket pulang ke kampung.Tiket biasanya akan habis awal dikala musim cuti semester bermula.Langkah selamat aku ambil makanya aku beli terlebih awal.
“Lisa,aku nak pegi toilet kejap.”
“Lisa,aku nak pegi toilet kejap.”
“Yela..jangan lama-lama.Kang takde teksi pulak.”
“Ye.”
Usai meminta diri ke toilet aku terus berlalu meninggalkan Alisa,Sayyidah dan Atikah.Dalam beberapa minit kemudian aku datang semula ke tempat duduk yang kami berbual tadi.Tapi tidak kelihatan kelibat mereka.Aku menyeluk saku jubah untuk mengambil telefon.Ah!Habis bateri pula.Mana mungkin aku bisa mencari mereka dalam ruangan yang sebesar ini.Aku menoleh kekiri,kemudian kekanan pula.Kebelakang juga kedepan tapi langsung tidak menampakkan tanda-tanda wajah mereka.Kemana pula mereka ini?Aku berlalu ke tingkat bawah.Mungkin mereka masih dibawah,aku cuba menenangkan hati.Hampir seluruh perut terminal itu aku pusing untuk mencari mereka,tapi malangnya tidak jumpa!Akhirnya aku memutuskan untuk pulang sendirian ke kolej.Tawakkal saja kepada ALLAH.Walaupun tidak pernah aku balik sendirian sepanjang belajar disini tapi aku tiada pilihan lain lagi.Aku harus berani!
“Oh..yeke?Balik dengan ana la.Kita ambil satu teksi.Lagipun destinasi kita sama.”
Tuturan pemuda itu membantutkan lamunan aku.Balik bersama?Malunya!Nanti apa pula kata orang.Ah!Usah pedulikan kata orang Hawra!Aku terpaksa mengikut cadangannya bagi memastikan keselamatan aku terjamin.
“Syukran.”
“Afwan.Sudah menjadi tanggungjawab ana menjaga kebajikan dan keselamatan sesama muslim.”
Pemuda itu tersenyum padaku.Kemudian sebuah teksi sampai disitu dan kami pun terus beredar menuju ke kolej.Perjalanan dari terminal makmur ke kolej hanya mengambil masa selama 30minit.
****
“Cik adik manis kita balik dengan cik abang mana tadi?”
Sapa Alisa sebaik saja aku keluar dari kamar mandi.Baru pulang agaknya sahabat aku sorang ni.Sesampainya aku dari Bandar tadi,tiada siapa yang berada di dalam bilik.
“Banyak la kau ek!Eh,korang tinggal aku kan?Nasib baik tak jadi apa-apa kat aku tau.”
“Haha..kitorang terlupa la.Lepas jalan-jalan kat situ tadi terus turun gi naik teksi.Memang tak ingat pasal kau.Sorrylah ye?Kau jangan nak marah-marah pulak.Kan ada cik abang temankan kau balik.”
Alisa ketawa sambil mengenyitkan matanya.Kadang-kadang memang nakal gadis ini.
“Cik abang mana tu akak Lisa?”
Sayyidah menyampuk perbualan kami dari belakang.Atikah juga turut tertawa.Entah bila mereka sampai dikamar aku pun tidak pasti.
“Cik abang Muhammad Firman Aidil.Budak syariah sama dengan akak.Senior korang jugak la tu kan?Ramai peminat tu,bertuah akak Ra korang ni tau!”
“Oh..abang Firman.Kenal sangat la tu.Kan Idah?Akak Ra balik dengan dia?Wah!Secocok sangat.Memang dah lama kitorang perhatikan dia.Amat sesuai dengan akak Ra.Tak gitu akak Lisa?”
“Ye adik-adik akak.Memang sesuai.Jodoh tu agaknya.Haish!So sweet!Cemburu akak tau.”
Tawa terpecah kuat serta merta.Aku menahan untuk ketawa.Kalau terus melayan karenah mereka ni memang takkan ada kesudahannya.
“Dah!Jangan nak buat cerita pulak.Pandai je korang ni ye?Ni adik manis berdua ni,dah solat asar ke?Kakak manis yang sorang ni pun dah ke?”
“Belum kakak Ummu Hawra!”
Mereka bertiga menjawab serentak.Sememangya melucukan.Beginilah kehidupan kami sepanjang semester ini.Hari-hari akan terisi dengan gurauan.Sungguh indah dan manisnya ukhwah yang telah ALLAH tautkan ini.Moga ikatan yang terbina akan kekal bersama redha ALLAH.Gurauan dan usikan sebegilah yang akan menjadi kenangan manis sepanjang keberadaan disini.Tapi detik perpisahan bakal tiba tak lama lagi.Tidak betah rasanya hati ini ingin melaluinya.Ya ALLAH!Kuatkan hati hamba-MU yang lemah ini.
No comments:
Post a Comment