-PART 1-
Hembusan angin pada waktu malam yang sejuk menghembus lembut ke wajahku.Hujan renyai-renyai diluar masih tersisa.Langit TUHAN kelam dan suram malam ini.Tiada tompokan bintang-bintang mahupun cahaya rembulan.Usai menonton telivisyen ditingkat bawah sebentar tadi,aku terus menapakkan langkah ke kamar yang berada ditingkat paling atas.Biasanya sebelum tidur,aku akan meluangkan sedikit masa mengadap komputer riba kesayanganku.Sekadar berbasi-basi seketika sebelum mata ini mulai mengantuk.Keadaan kamar agak sepi.Barangkali mereka masih ditingkat bawah.“Kau dah ok ke?Hati kau tak sakit lagi?Dah tak kecewa?Kau dah boleh lupakan dia?”Bertalu-talu soalan yang diutarakan oleh Alisa kepadaku sewaktu kami beriadah bersama-sama petang tadi.Masakan soalan sebegitu ditanyakan kepadaku.Alisa..Alisa!“Sudahlah Ra..kau tak payah nak ingat-ingat lagi.Sekali dia lepaskan kau..dia takkan jumpa lagi perempuan sebaik kau.Percayalah cakap aku.Dia yang tak bagi peluang pada diri kau..juga pada diri dia.Memilih sangat!Kononnya nak yang sempurna.Kau pun apa kurangnya.Cantik..baik..lemah-lembut..beragama..solehah..berbudi bahasa lagi.”Alisa…memang kuat membebel!Pertuturannya itu seperti dia pula yang merasa.Mungkin ada benar kata-katanya.Tapi lain orang lainlah pendapat dan tafsirannya.Malas rasanya hati ini mahu memikirkan apa yang sudah berlaku.Semuanya akan berlalu.Sememangnya benar..kadang-kadang apa yang kita rasa terbaik untuk kita,bukanlah terbaik untuk kita.Begitulah sebaliknya..apa yang kita rasa tak terbaik untuk kita,mungkin ianya terbaik untuk kita.Aturan ALLAH.Tiada seorang pun yang dapat menduga.Mungkin ada hikmah yang tersembunyi disebalik kepahitan yang telah ALLAH tetapkan ini.“Egonya tu tinggi sangat!Aku memang geram tau dengan dia.Macammana la kau boleh bertahan?Ra..takkan takde rasa kecewa langsung kat hati kau?Kau baik sangat Ra.Senang-senang dia buat kau macam ni.Seolah-olah kau ni macam takde perasaan.Mana mungkin la dia lupa apa yang kau dah buat pada dia.Macam-macam Ra.Takkan la dia langsung taktau nak hargai pengorbanan kau selama ni.Aku tau..kau yang banyak memendam rasa kan?”Petang tadi aku sengaja membiarkan Alisa melepaskan api kemarahan dan rasa ketidakpuasan hatinya.Aku hanya mendiamkan diri.Terus-terus membiarkan kuping ini menelan segala kata2 Alisa.Biarkan dia melepaskan semuanya.“Ra..kau jangan sedih-sedih lagi ya?Life must go on.”Sudah semestinya hidup perlu diteruskan.Aku tidak menyalahkan dia apatah lagi menyalahkan takdir.Apa yang telah aku lakukan padanya tidak pula aku inginkan pembalasan.Segala yang aku berikan padanya sudah aku niatkan ikhlas kerana ALLAH.Itu kerana aku sayangkan dia.Cuma untuk berita yang dikhabarkan beberapa minggu lalu sedikit sebanyak mempengaruhi emosi aku.Ya!Ummu Hawra dilanda ombak kecewa.Namun segalanya tidak berlarutan.Masakan aku mahu terus diselebungi kesakitan itu sedangkan apa yang berlaku sudah tertulis segalanya oleh ALLAH.Lagi pula aku percayakan ALLAH.Aku yakin dengan ALLAH.Apa yang berlaku ada hikmah dan rahsianya.Jadinya aku harus kuat!!!Sekarang tumpukan pada peperiksaan akhir yang akan menjengah tak lama lagi.Tinggal 2 minggu lagi yang berbaki untuk aku mengulang kaji.“Aku tau..kau kuat kan?Selama aku kenal kau,sekali pun aku tak pernah dengar kau mengadu.Aku tak pernah tengok kau menangis hanya kerana hal yang remeh.Kan?Ra...kalau kau rasa nak menangis sebab dia untuk terakhir kalinya,menangislah.Aku faham.Jangan simpan lagi Ra duka dalam hati kau tu.Aku taknak nanti akan memakan diri kau sendiri.”Aku terus membiarkan Alisa menutur kata.Aku hanya melemparkan pandangan ke padang.Rasa penat sedikit beransur.Angin yang menghembus dikala petang begini sangat dingin rasanya.Begitu prihatin sahabatku ini.Terima kasih teman!Tapi aku sudah berjanji pada diriku bahawa tidak akan menangis lagi selepas malam itu.Cukuplah hanya tika itu.Usai melepaskan segala kemarahannya,Alisa mengajak aku beredar dari padang.Kami berdua bergegas pulang ke asrama dan bersiap-siap untuk ke masjid berikutan hari semakin senja.“Akak Raa!!!”Panggilan namaku mengejutkan lamunanku saat itu.Pasti Atikah!Suaranya yang agak serak2 basah itu sememangya kuat bila menjerit.“Yeee..adik Ika manis!”Aku bingkas bangun dari katil.Kelihatan Atikah tercegat dipintu kamar dengan sebungkus makanan ditangannya.“Akak Lisa suruh Ika bagi kat akak.Dia naik lambat sikit.Nak tengok cerita apa lagi entah.Idah pun sama akak.Dia pegi blok sebelah. ”Ika…itu nama panggilan manjanya.Sampai berkerut-kerut dahinya bercerita padaku.Keberadaan Ika dalam bilik ini sememangnya amat menghiburkan.Ada sahaja keletahnya yang melucukan.Sememangya gamat dan riuh jika 4 orang anak gadis menghuni sebuah bilik.Sayyidah atau Idah pula menghuni dikatil sebelah bersama Alisa.Umurnya sebaya dengan Atikah.Baru berusia 19 tahun.Aku dan Alisa pula baru mencecah 21 tahun.Ini merupakan tahun akhir bagi aku dan Alisa yang menuntut di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah(KIPSAS).“Iyela..dari mana ni?”“Dari kafe kak..ramai pulak orang malam ni.Itu yang lambat sikit.Nasib baik akak belum tidur.”Ika meletakkan makanan tadi diatas meja.Usai menanggalkan stokin dan tudung dia menghulurkan makanan itu padaku.“Nah,makanlah akak.Kang masuk angin pulak perut tu kalau kosong.Macam mana la ketua asrama blok mawaddah ni nak jaga kebajikan anak-anak buahnya kalau dah akak sendiri pun tak sihat..kan?”“Amboiii!Cakap macam doktor pulak adik akak sorang ni ye?Sindir akak ye?”
Tawa kami sama2 terburai.Makin matang gadis ini berbicara berbanding awal-awal perkenalan kami satu ketika dulu.Mungkin dia sudah mula belajar dan wajar saja bakal peguam ini makin petah dalam menyusun kata.Aku meneruskan aktivitiku dengan menjamah nasi goreng tadi.Usai itu aku terus melelapkan mata dan terus dibuai mimpi indah dialam maya.

No comments:

Post a Comment