Sebutir demi sebutir tasbih ku gerakkan dijemariku...
Bibirku pula tak henti-henti meratib asma' yang satu...
Hati ini buntu..
Hati ini dihambat resah..
Hati ini pilu..
Hati ini sakit..
Hati ini bingung..
Apa sebenarnya yang ku mahu???
Suara hatiku mengasak soal dalam qalbu..
Hanya DIA yang ku mahu..
Hanya DIA yang ku rindu..
Hanya DIA yang ku perlu..
Hanya DIA..DIA..dan DIA..
Tapi fana dunia sering menghambat perjalananku..
TUHAN ku..
Hamba hina kembali bersujud pada-MU..
Ampunkan segala khilafku..
Pimpinilah langkah perjalananku..
Hamba kerdil tertunduk merayu..
Ampuni hamba wahai TUHAN ku..
*Salam sayang buat semua sahabat2..maaf lama tak update blog..syukran pada yang tak jemu2 singgah di blog yang tak seberapa ni..semoga kita semua dalam lindungan ALLAH dan dijauhi dari segala fitnah dunia..amin~
No comments:
Post a Comment